Pages

Sunday, March 17, 2013

its all about mind set

Hujung minggu yang tidak seperti hujung minggu yang lalu...
Kali ini "mista shrek" tua tu dibawa pergi utk merehatkan minda dan menenangkan fikiran yg agak sedikit bercelaru minggu lalu....walaupun perancangannya awal berbeza namun, peghujungnya agak boleh dianggap mencapai matlamat utk berehat...

Sebenarnya apa yg hendak dicoretkan kali ini adalah sesuatu yg 'simple" atau tak penting bagi kita...namun sbnarnya menjadi satu permasalahan besar dlm masyarakat "Melayu" kita ni termasuk diri sendiri...ianya adalah berkaitan dgn MIND SET!!


perkara ini aku sedar bila percutian smpai ke penghujung...perancangan awal ingin bercuti di sebuah resort yg sudah biasa aku pergi...namun perancangan berubah di saat akhir dek kerana inginkan sesuatu yg berbeza..hal berkaitan memilih hotel penginapan menjadi isu utama bg aku...first, nk yg selesa dan agak exclusive..simple way adalah biar menang memakai...

so, pemilihan dilakukan berdasarkan beberapa kriteria...di pendekkan cerita, bila akhir percutian baru aku sedar yg sbnarnya pemilihan tu dibuat bkn berdasarkan perkara2 tertentu..tp sbnarnya berdasarkan MIND SET aku...apa maksudnya?

sebenarnya kita ni,  "mungkin aku sorang je kot" biasanya mudah memberikankn early judgement kpd sesuatu perkara/manusia...kenapa perkara ni berlaku? sebab MIND SET kita dah tetapkan dan pengaruhi bnda tu..MIND SET ni adalah satu mental attitude yg predetermine sesuatu bnda yg akan kita lakukan...contohnya kalau kita nk call dgn org yg kita tak pernah call..mesti ada predetermine or prejudgment sblm kita call kan?



semua benda-benda tu akan memberikan reflex kpd diri kita sendiri..mostly yg -ve laa...bagi aku MIND SET ni biasanya based on history seseorang tu gak...kalau dia pernah lalui perkara buruk terhadap sesuatu perkara, maka MIND SET dia akan menjadi BURUK hingga la sesuatu perkara +ve berlaku yg akan mengubah MIND SET td menjadi sesuatu yg +ve...

kita terutama org MELAYU ni mmg boleh dikatakan MIND SET agak -ve, terutama jika berkaitan dgn manusia/ org lain...contoh, kalau tgk muka org tu garang...kita mesti akan kata org tu GARANG...padahal org tu dh muka dia sejak azali dh mctu...takkan nk wat plastic surgery plak kan... ;p

jadi, mari kita sama2 mengubah MIND SET kita kepada sesuatu yg lebih +ve agar semua yg akan kita lalui menjadi lebih mudah dan menggembirakan...
mungkin ada beberapa perkara yg korang tak berapa setuju...tapi inilah pendapat dan apa yg aku rasakan berdasarkan pengalaman diri sendiri dan org lain...

btw, weekend dihabiskan dgn happy, dan kerja berjaya disiapkan...insyAllah akan berusaha lebih gigih menjelang hari-hari akhir di bumi lestari....



Have a great MONDAY friends!! ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...